Persediaan solat jenazah:
·
Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
·
Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam
berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
·
Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan
imam berdiri di pinggangnya.
·
Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat
tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk
solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat
dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi
makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan
betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir
pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan
membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir
kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah
s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir
ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ)
kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke
kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam,
korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah
An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali),
ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————-
Di atas adalah
panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat
jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal
panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di
bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti
berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah
kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah
Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir
ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat
kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih
tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir
keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
No comments:
Post a Comment