السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ
بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba
Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang Jumaat yang
dihormati sekalian
Firman Allah dalam
ayat 51-52 surah al-Furqan :
öqs9ur $oYø¤Ï© $oY÷Wyèt7s9 Îû Èe@à2 7ptös% #\ɯR ÇÎÊÈ xsù ÆìÏÜè? úïÍÏÿ»x6ø9$# NèdôÎg»y_ur ¾ÏmÎ/ #Y$ygÅ_ #ZÎ72 ÇÎËÈ
51.
dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan Dalam tiap-tiap negeri, seorang
Rasul pemberi amaran.
52.
oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir,
dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan
perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.
Umat Islam mesti
menitikberatkan garisan antara iman dan kufur dalam kehidupan. Kita mesti
berhati-hati terhadap perbezaan antara Islam dan jahiliah. Kita wajib
mengetahui secara mendalam tentang halal haram, pahala dan dosa serta Syurga
dan neraka. Umat Islam yang dijanjikan kemenangan oleh Allah S.W.T sentiasa
menghidupkan budaya ilmu dan dakwah dalam kehidupan seharian agar pergerakan
kita sentiasa disuluhi cahaya wahyu bukannya ditutupi dengan kegelapan nafsu.
Kita mesti lahirkan diri kita antara golongan yang bakal dibayangi oleh ‘Arasy
Allah S.W.T pada hari akhirat nanti sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sebuah hadis :
وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي e قال
: سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ :
إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ
قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا
عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ
وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ
فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ
اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ( متفق عليه )
Maksudnya : 7
golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada
perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :
Golongan pertama
ialah pemimpin yang adil di mana kebiasaannya
jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak
mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak maka rakyat bawahan pun ramai
yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan
akhirat. Rosaknya pemimpin maka ramailah rakyat jelata yang turut rosak kerana
rakyat megikut agama pemimpin mereka. Kita sentiasa mengalu-alukan perancangan
kerajaan untuk memastikan pelajar sekolah rendah wajib khatam al-Quran dan
memahami agama dengan baik tetapi dalam masa yang sama pemimpin mestilah bukan
sahaja mampu membaca al-Quran tetapi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
segala tuntutan al-Quran yang menyeluruh termasuk ekonomi, perundangan, sosial
dan sebagainya bukannya menjadikan Islam sebagai agama ibadat khusus
semata-mata. Musuh Islam tidak pernah gerun terhadap pemimpin umat Islam yang
kaya harta jika kurangnya agama sebaliknya musuh Islam sentiasa berusaha dalam
memerangi pemimpin umat Islam yang miskin harta tetapi kaya agama kerana harta
tidak pernah menggugat kedudukan kuffar tetapi agama telah banyak meruntuhkan
kezaliman dan kesesatan kerajaan kuffar sebelum ini.
Sidang Jumaat yang
dikasihi sekalian,
Golongan kedua ialah pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat
kepada Allah S.W.T di mana golongan ini
mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak
kemungkaran dan kerosakan yang berlaku. Apabila umat Islam sentiasa menjaga
ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat ditambah dengan makan minum perkara
yang halal dari hasil yang halal, menguruskan keluarga, masyarakat dan negara
mengikut kehendak syarak disamping berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam
dalam setiap kerja dan pergerakannya sehingga semua itu dihisab sebagai ibadat
oleh Allah S.W.T maka segala masalah jenayah dan keruntuhan akhlak dapat
ditangani dengan baik. Sebaliknya jika umat Islam memisahkan urusan dunia
seperti ekonomi, perundangan, sosial daripada dosa pahala maka keadaan
kehidupan mereka semakin lama semakin hancur serta semakin dekat kepada
kekufuran yang menyebabkan tiada lagi perbezaan yang ketara antara umat Islam
dengan bukan Islam. Inilah yang bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T dan
penghinaanNya. Kita begitu bimbang apabila salah satu program yang bakal bermula pada pertengahan bulan
Februari nanti tidak memasukkan jadual waktu sembahyang dalam aktivitinya yang
bakal menyukarkan peserta yang majoritinya beragama Islam untuk sembahyang atas
alasan ia adalah isu peribadi. Jika sembahyang sebagai tiang agama diabaikan
bagaimana negara mahu melahirkan warganegara yang soleh. Oleh itu kita desakkan
agar sebelum program ini dijalankan maka waktu sembahyang mestilah diletakkan
dalam jadual secara hitam putih. Ingatlah bahawa solat 5 waktu tidak boleh
ditinggal melainkan pada perkara yang dibenarkan oleh syarak walau pun berada
dipuncak gunung-ganang, berada di tengah hutan, meredah lautan, dan sebagainya.
Kita dapat lihat kesan daripada tidak sembahyang menyebabkan ramai pemuda Islam
yang runtuh akhlaknya dan banyak melakukan jenayah sehingga menggugat keamanan
negara.
Golongan ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat
dengan masjid di mana pemimpin
wajib berusaha menghidupkan masjid bukan berusaha mematikannnya agar negara
dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang sentiasa berjemaah di masjid serta
menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengembalikan semula
kegemilangan Islam. Begitu juga dengan penerusan kepada menjadikan hari Jumaat
sebagai hari berkerja di kebanyakan negeri sebagaimana dibuat oleh penjajah
merupakan suatu yang menyempitkan masa umat Islam untuk beribadat. Tindakan
yang tidak bertamadun ini boleh menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada
masjid
Sidang Jumaat yang
dimuliakan Allah,
Golongan keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana
Allah S.W.T di mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman
ini begitu penting terutama dalam berhadapan dengan kekejaman musuh Islam.
Betapa bahayanya apabila kasih sayang seumpama ini tiada dalam hati sanubari
umat Islam Begitu juga kasih sayang berasaskan iman wajib disuburkan agar
saudara seagama sentiasa dibantu walau di mana mereka berada. Kita mesti
sentiasa membantu sekurang-kurangnya dengan doa agar Allah S.W.T membantu umat
Islam yang sedang ditindas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan
Filiphina, Acheh dan sebagainya. Begitu juga dengan tekanan disebabkan larangan
bertudung ke atas umat Islam di Perancis. Tidak lupa kepada nasib yang menimpa
umat Islam di Selatan Thailand termasuk Fatani, Narathiwat, Yala yang kini
ditekan akibat pembakaran sekolah, bom balai polis dan kehilangan senjata 2 minggu
lalu yang telah menyebabkan pelbagai tindakan keras dikenakan termasuk perintah
berkurung yang menjejaskan perjalanan majlis ilmu pada waktu malam serta
pemeriksaan ke atas pondok-pondok bila-bila masa yang dikehendaki sehingga
baru-baru ini ada kubur yang baru ditanam mayatnya diperintah agar digali
semula atas alasan disyaki dijadikan tempat simpan senjata. Umat Islam terus
ditekan sedangkan bukti yang menyatakan umat Islam yang terlibat dalam kejadian
itu belum diketahui.
Sidang Jumaat yang
diberkati Allah,
Golongan kelima ialah seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang
wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan
bahawa dia takutkan Allah di
mana usaha dalam memastikan kebanyakan pintu zina ditutup mestilah
ditingkatkan. Jika terlalu banyak pintu zina dibuka maka semakin ramai yang
cuba dan menghampirinya sehingga semakin teruknya keruntuhan akhlak rakyat.
Betapa malangnya apabila ramai yang lantang bersuara membantah tindakan
kerajaan Terengganu yang membuat etika berpakaian terhadap orang bukan Islam
supaya lebih sopan. Sedangkan suara ini tidak kedengaran apabila wanita
dijadikan alat pelaris barangan melalui iklan yang menjolok mata. Apa yang
lebih malang ialah apabila pernah berlaku di mana seorang mufti boleh dipecat
kerana menegur ratu cantik. Kita turut mendesak agar beberapa program- program
diasingkan antara peserta lelaki dan perempuan serta dititikberatkan adab
mengikut Islam bukannya nafsu. Jangan rosakkan rakyat dengan aktiviti pergaulan
bebas sepanjang program tersebut sehingga anak-anak yang dididik begitu lama
oleh ibubapa dan guru-guru akhirnya dirosakkan dalam masa beberapa bulan.
Golongan keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia
sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan
oleh tangan kanannya di mana umat Islam
sentiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih
memerlukannya melalui zakat. Apabila diri sentiasa dilatih dengan perkara yang
wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan penuh
keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia
bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan ekominya yang bakal menggugatkan
kedudukan musuh.
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah ,
Golongan ketujuh ialah seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam
keadaan sunyi lalu menitislah air matanya di
mana umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak
cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat
hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang
digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T.
Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung
kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan
perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya
pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah dalam
ayat 63-64 surah al-Furqan :
ß$t7Ïãur Ç`»uH÷q§9$# úïÏ%©!$# tbqà±ôJt n?tã ÇÚöF{$# $ZRöqyd #sÎ)ur ãNßgt6sÛ%s{ cqè=Îg»yfø9$# (#qä9$s% $VJ»n=y ÇÏÌÈ z`Ï%©!$#ur cqçGÎ6t óOÎgÎn/tÏ9 #Y¤fß $VJ»uÏ%ur ÇÏÍÈ
63. dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang
diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan
apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak
diingini;
64. dan mereka
(yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan
mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri,
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
No comments:
Post a Comment